Monday, November 12, 2018

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

      Dalam topik ini, saya mengetahui tentang persediaan ke alam persekolahan, kajian di sekolah dan tentang Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2.  Dalam persediaan ke alam persekolahan, perancangan perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi masa yang diperuntukkan, menepati kehendak objektif, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan.  Dalam kajian di sekolah, kajian kes pngurusan pendidikan dijalankan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti.  Saya mengetahui tentang antara kajian kes yang pernah dijalankan iaitu "Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes di Sebuah Rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur" dan "Faktor-faktor yang Menghalang Penglibatan Pelajar dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban".  Selain itu, saya mengetahui tentang tujuan Program Perantis Guru iaitu memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah dan Program Perantis Guru terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Link Ke Nota Topik 14

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 14
Nota Topik 14 (2)

Topik 13: Sekolah dan Persekitaran

     Dalam topik ini, saya mempelajari tentang hubungan sekolah dan masyarakat dan hubungan sekolah dengan ibu bapa (PIBG).  Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan manakala persekitaran sekolah pula ialah kawasan disekeliling sesuatu tempat yang membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.  Dalam hubungan sekolah dan masyarakat, peranan sekolah kepada masyarakat ialah sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyaraktnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka dan persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.  Selain itu dalam topik ini, saya mempelajari tentang hubungan sekolah dengan ibu bapa iaitu dimana bertujuan untuk mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru, membantu dalam memajukan perkembangan murid, menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah dan mejayakan aktiviti dan program sekolah.  Di samping itu, dalam topik ini saya mengetahui bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.  Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesbuah sekolah akan memberi kesan kepada kemajuan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.


Link Ke Nota Topik 13

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 13

Topik 12: Pengurusan Pelbagai Upaya

     Dalam topik ini, saya mengetahui tentang program yang dilaksanakan untuk pelajar yang berkeperluan khusus iaitu Program Pemulihan Khas.  Antara murid yang berkeperluan khusus ialah pelajar pintar cerdas, autisme dan disleksia, Program Pemulihan Khas dilaksanakan untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.  Dalam topik ini juga, saya mengetahui faktor yang menyebabkan masalah penguasaan pembelajaran murid berkeperluan khas iaitu faktor peribadi, faktor kurang kecerdasan, faktor fizikal dan faktor psikologi.  Saya juga mengetahui peranan guru yang melaksanakan Program Pemulihan Khas di sekolah iaitu guru menggunakan teknik atau strategi pengajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.  Saya juga mengetahui tentang pendidikan pengayaan iaitu aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa ditetapkan atau lebih awal daripada itu.  Melalui pengayaan, pelajar diberi peluang untuk mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.  Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu pengayaan menegak dan pengayaan mendatar.


Link Ke Nota Topik 12
Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 12

Friday, November 9, 2018

Topik 11: Pengurusan Pelbagai Budaya

     Dalam topik ini, saya mempelajari tentang konsep pengurusan pelbagai budaya iaitu kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai budaya.   Saya juga mengetahui maksud budaya iaitu merujuk kepada ciri-ciri atau hasil tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya manakala pelbagai budaya pula bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.  Saya juga mengetahui bahawa pengurusan pelbagai budaya penting dalam menguruskan sekolah kerana memberi impak kepada semua warga di dalam sekolah dan penting bagi memastikan guru dan pelajar menambah ilmu, meningkat profesion keguruan dan produktiviti bertambah.  Selain itu, saya juga mengetahui bahawa terdapat 3 teori sosial pelbagai budaya iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy).  Di samping itu, saya megetahui bahawa pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan dan proses.  Terdapat 5 dimensi pendidikan pelbagai budaya iaitu content integration, the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice reduction dan an empowering school culture and social structure.


Link Ke Nota Topik 11

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 11

Topik 10: Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan

     Dalam topik ini, saya mengetahui tentang maksud bimbingan iaitu proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.  Saya juga mengetahui bahawa bimbingan merupakan suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.  Dalam topik ini juga, saya mengetahui tentang penasihatan.  Penasihatan merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan tentang pelbagai hal.  Penasihatan juga mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan.  Melalui pembelajaran dalam topik ini, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri penasihatan iaitu tumpuan kepada masalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti dan strategi paling cepat mengatasi permasalahan.  Saya juga mengetahui tentang ruang yang terdapat dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu bilik kaunseling individu, bilik kaunseling kelompok, bilik pengurusan dan ruang menunggu.  Selain itu, saya juga mempelajari bahawa terdapat 4 fokus Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya dan psikososial dan kesejahteraan mental.  Seterusnya, saya juga mengetahui tentang etika dalam bimbingan dan penasihatan iaitu bertanggungjawab, kerahsiaan murid dan menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi.


Link Ke Nota Topik 10 

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 10

Topik 9: Pengurusan Disiplin

     Dalam topik ini, saya mengetahui tentang maksud disiplin iaitu kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingancorang lain.  Pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawaltingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.  Selain itu, saya juga mengetahui tentang matlamat disiplin seperti 
menjadikan pelajar manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan dan 
melahirkan individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak kearah kemajuan.  Seterusnya, saya juga mengetahui tentang ciri-ciri disiplin yang baik seperti memahami dan mematuhi peraturan, menepati masa, menghormati orang lain dan taat setia kepada raja dan negara.  Di samping itu, saya juga mempelajari tentang faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar iaitu seperti asuhan dan didikan di rumah dan di sekolah, tingkah laku rakan sebaya, suasana dan persekitaran, latar belakang keluarga dan organisasi sekolah.  Melalui pembelajaran bab ini juga saya mengetahui tentang kepentingan disiplin di sekolah seperti keselamatan warga sekolah terjamin, pengajaran berjalan dengan lancar dan teratur, pembelajaran berjalan dalam suasana tenang dan segala tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.


Link Ke Nota Topik 9

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 9

Topik 8: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

      Dalam topik ini, saya mengetahui tentang strategi mengurus bilik pembelajaran iaitu berkait rapat dengan unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran yang positif.  Unsur fizikal bilik darjah merangkumi penyusunan bilik darjah dan pengurusan bilik darjah.  Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran kerana keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang pembelajaran.  Penyusunan bilik darjah termasuklah tempat duduk pelajar, meja guru dan kerusi dan meja pelajar.  Melalui pembelajaran dalam bab ini juga, saya mengetahui bahawa pengurusan bilik darjah melibatkan rutin bilik darjah.  Tujuan rutin bilik darjah ini dijalankan ialah untuk menjimatkan masa dan tenaga dan menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan kerjasama di kalangan pelajar.  Interaksi dalam bilik darjah pula melibatkan jenis interaksi bercorak lisan yang dijalankan di dalam bilik darjah seperti interaksi sehala, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi berkomputer.  Seerusnya, saya mengetahui tentang faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas iaitu susunan bilik darjah, keadaan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gatya kepimpinan yangs sesuai, penggunan kaedah kumpulan, memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori, guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran, guna alat bantu mengajar berteknologi, lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah dan sikpa guru yang baik.  Selain itu, saya mengetahui bahawa iklim pembelajaran yang positif merangkumi susunan fizikal bilik darjah, suasana sosial bilik darjah dan suasana emosi bilik darjah.


Link Ke Nota Topik 8

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 8

Topik 7: Pengurusan Sumber

     Dalam topik ini, saya mempelajari tentang pusat sumber sekolah.  Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.  Seterusnya, Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Saya juga mempelajari dan mengetahui bahawa Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.  Pusat sumber merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama bagi institusi pengajian seperti sekolah.


Link Ke Nota Topik 7

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 7






Topik 6: Pengurusan Bilik Darjah

     Dalam topik ini, saya mengetahui tentang maksud pengurusan bilik darjah iaitu cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku.  Pengurusan bilik darjah merangkumi pengajaran berkumpulan, pengajaran individu, pusat pembelajaran dan penyediaan bahan.  Dari aspek pengajaran berkumpulan, saya mengetahui tentang jenis dan bentuk kumpulan murid dalam bilik darjah seperti mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan dan mengikut minat.  Terdapat 3 bentuk atau corak interaksi murid dalam kumpulan iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi dua hala antara kumpulan.  Dari segi aspek pengajaran individu, saya mengetahui bahawa setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat dan pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini.  Seterusnya, dari segi pusat pembelajaran, ruang dalam bilik darjah perlu dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid.  Pusat pembelajaran berfungsi untuk menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid menggunakan lebih daripada satu deria dalam sesi pembelajaran dan tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid.   Selain itu, dari segi aspek penyediaan bahan, seorang guru perlu merancang apa bahan yang perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, jenis bahan, penyediaan bahan dan sebagainya.


Link Ke Nota Topik 6

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 6

Topik 5: Pengurusan Murid

     Dalam topik ini, saya mempelajari tentang pengurusan murid dan pengurusan murid mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah serta maklumat murid boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah murid.  Pengurusan murid merangkumi hal ehwal murid, pembelajaran, rekod murid, kesediaan belajar dan motivasi.  Melalui pembelajaran dalam topik ini, saya mengetahui tentang kepentingan rekod murid iaitu untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid dan untuk membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.  Saya juga mengetahui bahawa kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal dan kesediaan belajar terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor.  Saya juga mempelajari tentang masalah perbezaan kesediaan pelajar seperti perbezaan dari segi perkembangan mental, sikap dan minat, kadar pertumbuhan fizikal, keyakian diri, jantina dan perbezaan dalam diri individu.  Di samping itu, saya juga mempelajari tentang motavasi iaitu motivasi yang diberikan oleh guru akan meningkatkan keyakinan diri pelajar dan akan membuatkan  para pelajar lebih bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dan terdapat dua jenis murid iaitu murid motivasi rendah dan murid motivasi tinggi.  Saya juga mempelajari tentang bagaimana seorang guru boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar iaitu memahami objektif pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid, masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi dan mendapat pengalaman kejayaan, menerima maklum balas yang tepat dan realistik.



Link Ke Nota Topik 5

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 5


Topik 4: Kepimpinan dan Organisasi

     Dalam topik ini, saya telah mengetahui tentang maksud kepimpinan dan juga maksud organisasi.  Kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu dan organisasi pula bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan.  Selain itu, saya juga mengetahui tentang gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik dan laissez-faire.  Di samping itu, saya juga mempelajari tentang organisasi di sekolah. Organisasi di sekolah bermula dari Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Kauselor, Ketua Panitia Mata Pelajaran dan sebagainya.  Organisasi bermaksud suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.  Saya juga mengetahui bahawa dalam pengurusan sekolah, setiap unit pengurusan mempunyai peranan masing-masing dan terdapat dua jenis kepimpinan iaitu kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan sekolah.  Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa pengurusan dalam pendidikan bermula dari peringkat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seterusnya ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), selepas itu peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akhirnya peringkat sekolah.


Link Ke Nota Topik 4

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 4

Topik 3: Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

     Dalam topik ini, saya mengetahui definisi pengurusan dan kepentingan pengurusan. Definisi pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan dan kepentingan pengurusan pula ialah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambah produktiviti dan untuk mendapatkan keredaan Allah. Saya juga mengetahui tentang dua perspektif pengurusan iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu pembelajaran, tingkah laku dan disiplin dan fizikal. Dalam pembelajaran, strategi pengurusan pembelajaran ialah berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Dalam fizikal, prinsip pengajaran terbahagi kepada tiga iaitu set induksi, penyampaian dan penutup. Saya juga mengetahui tentang pengurusan pelbagai budaya. Pengurusan pelbagai budaya merangkumi implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, program silang budaya, pemulihan, penggayaan, berkeperluan khas, Program Pendidikan Inklusif dan Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Saya juga mengetahui tentang pengurusan sekolah dan pengurusan sekolah merangkumi pengurusan sumber, pengurusan bilik pembelajaran, pengurusan disiplin, pengurusan bimbingan dan penasihatan, pengurusan kokurikulum dan pengurusan sekolah dan persekitaran. Selain itu, dalam bab ini saya mengetahui tentang pembelajaran yang bermaksud perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Saya juga mengetahui tentang prinsip-prinsip pembelajaran iaitu kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, unsur dorongan dan mengkaji murid. Saya juga mengetahui tentang faktor mempengaruhi kesediaan belajar iaitu kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran dan pengalaman sedia. Di samping itu, saya mengetahui tentang jenis-jenis pembelajaran iaitu memproses maklumat dan menggunakan pengalaman. Saya juga mempelajari tentang proses pembelajaran iaitu seperti penanggapan, pengalaman atau ingatan, lupaan dan memproses.


Link Ke Nota Topik 3
Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 3

Topik 2: Interaksi dan Pembelajaran

     Dalam topik ini, saya telah mempelajari tentang maksud sosialisasi iaitu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.  Teori sosialisasi ini memberi perhatian kepada perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan perkembangan kemahiran sosial.  Saya juga telah mengetahui bahawa terdapat tiga jenis-jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi.  Dalam bab ini juga, saya mempelajari tentang proses sosialisasi iaitu terdapat lima tahap proses sosialisasi iaitu yang pertama ialah tahap persiapan, seterusnya tahap meniru, seterusnya ialah tahap siap bertindak dan yang terakhir ialah tahap penerimaan norma kolektif.  Melalui bab ini juga saya mengetahui tentang agen-agen sosialisasi seperti keluarga, guru, agama, media massa dan rakan.  Dalam bab ini, saya juga mengetahui tentang interaksi dalam pembelajaran.   Melalui pembelajaran interaksi dalam pembelajaran, saya mengetahui maksud interaksi iaitu saling berhubungan antara dua pihak (interaksi seorang guru dengan seorang muridnya) atau beberapa pihak (interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran).  Saya juga mempelajari tentang jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua-hala dan interaksi kumpulan.  Selain itu, saya mengetahui tentang peranan guru dalam interaksi pembelajaran seperti komunikasi berkesan, meyakinkan, berpandangan positif,berpusatkan masyarakat, bekerja secara kreatif dan progresif.  Di samping itu, saya juga mengetahui tentang sifat-sifat guru yang melayakkan diri untuk menjadi model seperti pengetahuan yang luas, sifat kepimpinan, emosi yang stabil, pencorak peribadi murid, ejen sosial, penampilan dan bahasa tubuh, tingkah laku dan contoh teladan.


Link Ke Nota Topik 2

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 2

Thursday, November 8, 2018

Topik 1: Sosiologi dan Pembelajaran

      Melalui topik ini, saya telah mempelajari tentang definsi sosilogi iaitu menurut Amir Hasan (2002), sosiologi merupakan kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam pelbagai sudut.  Saya juga telah mengetahui tokoh-tokoh sosiologi seperti Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan George Herbert Mead.  Seterusnya saya mengetahui tentang perspektif sosiologi.  Tumpuan perspektif sosoiologi terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.  Tumpuan perspektif sosiologi juga terbahagi kepada mikro dan mikro.  Selain itu, saya juga mengetahui tentang teori utama sosiologi iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme.  Teori fungsionalisme mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.  Teori konflik merupakan  persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya dan menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.  Teori interaksionisme pula mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dan melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.  Saya juga mengetahui bahawa terdapat 7 asas interaksionime.  Dalam topik ini juga saya mengetahui tentang maksud pendidikan iaitu pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.  Di samping itu, dalam topik ini saya juga mengetahui maksud sosiologi pendidikan yang bermaksud  kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Link Ke Nota Topik 1

Link Ke Bahan Lain Berkaitan Topik 1